PUTU
TEPUNG ATTA
250 gm
tepung atta
Air atau pun
santan secukup nya
Gula perang
60-100 gm
Kelapa parut putih
2-3 helai
daun pandan,jika suka
Garam
secukup rasa
1.
Tepung
atta di goreng tanpa minyak hingga naik wangi.
2.
Sejukkan.
Campur garam dalam air atau pun santan.
3.
Renjiskan
(sprinkle) sedikit air atau pun santan sedikit demi sedikit dalam tepung dan
ramas(rub in).
4.
Hingga
menjadi adunan yang lembab dan berderai bukan doh
5.
Panaskan
air dalam pengukus dan bila sudah mendidh.Lapiskan dulang pengukus dengan kain
dan masuk adunan tepung tadi dan daun pandan kukus selama 10 minit.
6.
Keluarkan
dan sejukan,renjiskan lagi dengan santan atau pun air biar lembab semula.
Campurkan kelapa parut. Dan kukus sekali lagi.
7.
Keluarkan
dan campur dengan gula perang secukup rasa. Hidangkan dengan teh atau pun kopi.
Nota: Jika ada periuk buat putu macam saya ini guna untuk kukus kali yang
kedua nya sahaja. Tepung atta yang saya pakai ini tepung tulen saya pergi kisar
biji gandum dikedai tempat orang kisar beras (Mill). Bila kita pakai tepung
tulen lebih wangi tepung nya. Kena pandai ramas tepung tu pasal putu ini kena
berderai.
1 comment:
best!
Post a Comment