NASI
TERUNG
2 cawan
beras basmathi ( saya pakai beras basmathi panjang) di masak dengan 4 cawan
air. Selepas masak kita dapat 1 kg nasi ketepikan.
600 gm
terung,dipotong dan di-gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng.
Ketepikan
100 gm
tomato,cencang
30 gm asam
java( saya pakai yang ada biji) di ramas dengan air sebanyak ½ cawan
11/2 cawan
santan
2 s/m pes
halia\ bawang putih
1 s/m gula
Garam dan perasa
secukup rasa
Bahan
kisar
6 tangkai
chilie kering,dipotong
1 batang
kayu manis,dipatah
4 kuntum
bunga cengkih
1 s/m
kadalai parupu
1 s/m
ulutham parupu
1 s/m biji
ketumbar
Goreng tanpa
minyak semua bahan kisar sampai naik wangi. Sejuk dan kisar menjadi
serbuk,ketepikan. Boleh di ganti dengan serbuk sambar (babas)
Bahan
tumis
3 s/m minyak
1 biji
bawang besar,dihirs halus
2 tangkai
daun kari
1 s/m
ulutham parupu
1 s/m biji
sawi
1 s/m
kadalai parupu
1.
Panaskan
minyak dan tumis bahan tumis hingga naik wang dan bila bawang menjadi perang.
Masuk pes bawang putih\ halia tumis hingga hilang bau halia.
2.
Masuk
tomato dan serbuk kisar dan kacau rata masuk air asam java,garam,gula dan
santan kacau rata dan biarkan mendidih dan bila kuah nampak pekat dan naik
minyak boleh di masuk terung kacau rata. Biarkan masak sebentar.
3.
Masukkan
nasi dan kacau rata dan goreng hingga sebati. Tutup api dan tabur gajus. Kita
orang india makan nasi ini dengan raita jer.
No comments:
Post a Comment